home Semasa Forum menyalahkan silibus Pendidikan Islam mengelirukan

Forum menyalahkan silibus Pendidikan Islam mengelirukan

 

1. Menurut Wanji, Silibus pendidikan dan institusi pendidikan Islam di negara ini perlu diubah kerana dianggap mengajar perkara salah sehingga membina mentaliti dan kelakuan negatif dalam masyarakat. Wanji memberikan contoh bahawa pengajaran tentang isu kafir dan perkahwinan bawah umur adalah disebabkan perkahwinan Nabi dengan Aisyah.

2. Pada hakikatnya panggilan kafir dan pendirian terhadap kafir yang memusuhi Islam ini mempunyai asas yang kukuh di dalam al-Quran. Menyalahkan pendirian tegas terhadap kafir yang memusuhi Islam bukanlah jalan penyelesaian dalam isu ini. Sebaliknya kewujudan institusi liberal yang memberikan gambaran yang buruk tentang Islam juga perlulah diberi perhatian.

Apakah kita akan menyalahkan al-Quran yang mendidik kita bersikap tegas terhadap kafir yang memusuhi Islam?

 

Image may contain: 3 people, text

 

3. Begitu juga menyalahkan isu perkahwinan Nabi dengan Aisyah juga tidak akan menyelesaikan isu kezaliman terhadap rumah tangga yang dibina dalam usia yang muda. Perkahwinan yang berlaku antara Rasulullah dengan Aisyah telah thabit melalui hadith yang sahih.

4. Malah keadilan rumah tangga yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi dalam perkahwinan Baginda adalah sesuatu yang seharusnya dicontohi. Apa yang menghairankan, mereka lebih ghairah melihat isu umur yang dibangkitkan berbanding keadilan dan keharmonian rumah tangga Baginda Nabi dalam perkahwinan beliau bersama Aisyah.

5. Kezaliman rumah tangga yang berlaku pada hari ini adalah kesalahan dan kelemahan individu yang gagal menyempurnakan hak rumah tangga mereka. Adalah tidak benar untuk kita menyalahkan perkahwinan Rasulullah menjadi punca kepada kezaliman rumah tangga hari ini.

6. Sungguh mudah untuk meletakkan kesalahan pada slilibus Pendidikan Islam bagi mereka sendiri yang tidak menceburkan diri dalam merangka pembangunan Pendidikan Islam di Malaysia ini. Melontar kritikan lebih mudah dari membangunkan.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *