home Semasa Islam agama fitrah, tidak perlu slogan palsu ‘Rahmatan Lil Alamin’

Islam agama fitrah, tidak perlu slogan palsu ‘Rahmatan Lil Alamin’

 

ISLAM adalah agama fitrah dan sempurna dari Allah SWT. Islam tak memerlukan acuan palsu “Rahmatan Lil Alamin” untuk ianya diterima oleh manusia sebagai manhaj dan peraturan hidup di muka bumi.

Sejarah dakwah bermula dengan seruan oleh Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad AS penuh dengan kisah penentangan oleh kaum mereka, tapi para Nabi tidak sedikit pun cuba untuk memasukkan acuan baru dan songsang ke dalam risalah yang dibawa oleh mereka.

Allah SWT berfirman:

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

“Mereka (orang-orang kafir) suka kalaulah engkau (wahai Muhammad) bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga berlemah lembut bertolak ansur (pada zahirnya) terhadapmu”.

Ibnu Kathir memasukkan ayat di atas dalam tajuk “Larangan mengikut desakan dan kemahuan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT”. Imam Mujahid, seorang ahli tafsir menyatakan larangan itu kerana jika umat Islam menuruti desakan orang-orang kafir, maka umat Islam akan condong kepada sembahan mereka, lalu enggan menyampaikan risalah kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Menurut Ibnu Abbas, mereka menginginkan agar umat Islam bersikap lunak kepada mereka dan mereka akan membalasnya dengan sikap lunak pula kepada umat Islam.

Islam akan tersebar ke seluruh dunia dengan kebenarannya yang nyata dan jelas tanpa perlu dilunakkan dengan rekaan slogan yang menyeleweng oleh golongan yang celaru dalam memahami Islam dan segala isi kandungannya.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *