home Semasa Pokok ‘menangis’: Mufti Kelantan tegur umat Islam jangan taksub

Pokok ‘menangis’: Mufti Kelantan tegur umat Islam jangan taksub

 

KOTA BHARU – Umat Islam negeri ini dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu perkara sehingga boleh memberi kesan kepada gelincirnya akidah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata, isu petai menangis yang menjadi bualan dan viral kini turut terkena tempias dengan kepercayaan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita sebagai umat Islam ini perlu berhati-hati jangan sampai kita tergelincir akidah disebabkan perkara seperti itu. Kalau kita menganggap sesuatu itu yang boleh memberi sebab baik atau tidak baik, ia boleh menjadi syirik kecil, atau syirik yang tersembunyi.

“Hati-hati jangan sampai terjadi syirik kecil ini, kita mesti percaya sebenarnya apa pun, ia hanya dengan kudrat ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan peristiwa petai menangis di Kampung Petani, Saring, sehingga ada yang sanggup mengambil air yang keluar dari pokok tersebut bagi tujuan perubatan dan sebagainya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *