home Semasa Sarjana Kristian hairan umat Islam ucap Merry Christmas

Sarjana Kristian hairan umat Islam ucap Merry Christmas

 

HUKUM mengucapkan ‘Merry Christmas’ menjadi satu polemik yang berulang setiap tahun. Pelbagai pandangan diberikan baik oleh agamawan mahupun mereka yang bukan berlatarbelakangkan agama.

Namun, satu pendekatan yang mungkin jarang dilakukan adalah mendengar sendiri pandangan sarjana Kristian mengenai isu ini. Ternyata, mereka juga menyatakan kehairanan terhadap tingkah umat Islam yang mengucapkan merry Christmas kepada Kristian.

Hal ini diungkap oleh Dr James White, seorang sarjana Kristian yang cukup dikenali dalam arena diskusi Islam – Kristian. Beliau yang antara lain pernah berdialog dengan Dr Yasir Qadhi, menyatakan bahawa ucapan ini hakikatnya bermasalah untuk diucapkan oleh Muslim.

 

 

“Satu pandangan mengenai Krismas; saya tak dapat memahami bagaimana seorang Muslim yang bertaakul boleh mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada seorang Kristian. Saya tidaklah katakan bahawa kita tidak boleh bersikap penyayang dan peramah sesama sendiri (kita malah sedang hidup dalam dunia sekular yang hendak menghapuskan semua hak beragama, lihat sajalah China!)

Mari kita berlaku jujur: Jika Kristian benar, maka Islam salah, dan begitu jugalah sebaliknya. Krismas melibatkan bukan saja inkarnasi Anak Tuhan, doktrin utama Kristian yang mustahil diterima oleh aqidah Islam, tapi ia juga menyatakan dirinya sebagai Raja segala Raja, penguasa sekalian manusia! Inilah antara sebabnya mengapa golongan sekularis membantah hari tersebut.

Tapi seperti mana saya tidak boleh mengiktiraf, tanpa kompromi, sambutan perayaan Islami, begitulah saya dapati tidak masuk akal bagi saya untuk mengharapkan seorang Muslim menggugurkan kepercayaan mereka untuk mengucapkan Merry Christmas kepada saya. Tidak langsung saya dapati ia melukakan hati saya” – Dr James White

Maka ternyata pandangan sarjana Kristian tersebut senada dengan sejumlah besar ulama yang tidak membenarkan ucapan Merry Christmas. Satu pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam adalah, hakikatnya kita tidak mengucapkan Merry Christmas tidak langsung melukakan hati penganut Kristian, sebaliknya ia menjejaskan pula aqidah yang kita anuti.

Sumber: fakirilmu.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Sarjana Kristian hairan umat Islam ucap Merry Christmas

  1. Untuk Maklumanm, Dr James White nie juga adalah seorang yang anti hari Krimas. Beliau menganut fahaman Alpha and Omega Ministries, evangelical Reformed Baptist Christian apologetics . Iaitu mazhab terbaru agama Kristian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *