home Semasa Aktiviti seni dan hiburan perlu dikawal nilai moral dan agama: Mufti Pulau Pinang

Aktiviti seni dan hiburan perlu dikawal nilai moral dan agama: Mufti Pulau Pinang

 

PULAU PINANG – Aktiviti kesenian dan hiburan perlu dikawal dengan nilai-nilai moral serta agama kerana kegiatan seni dan hiburan yang terlepas daripada kawalan akan menjerumuskan manusia ke jurang kemusnahan.

Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ini kerana aktiviti seni mampu mendorong ke arah ketinggian sebagaimana ia juga mampu mengheret ke jurang kehancuran.

“Sesungguhnya dunia seni amat luas dan indah.

“Kenapa harus disempitkan dalam batas seksual sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengguna media sosial dikejutkan dengan poster sebuah teater yang bertajuk ‘Sex In Georgetown City’ yang dipentaskan di Pentas 2 Penangpac, Straits Quay di Tanjung Tokong di sini bermula semalam hingga 17 Februari.

Selepas mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak, pengarah teater itu, Fa Abdul tampil memohon maaf dan menukar tajuk teater tersebut menjadi Love in Georgetown City.

Menurut Wan Salim cinta yang menjurus kepada kebebasan yang melulu tidak perlu ditonjolkan dalam aktiviti seni.

“Sebaliknya perlu ditampilkan cinta dalam pengertiannya yang luas mencakupi cinta Ilahi, cinta alam sekeliling, cinta ibu bapa, cinta kepada negara dan cinta kepada sesama manusia seluruhnya,” katanya. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *