home Kolumnis, Semasa Al-Imam al-Nawawi menegur pemerintah

Al-Imam al-Nawawi menegur pemerintah

 

1. Dalam usaha kerajaan ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, datang pula berita menyatakan Menteri melantik Penasihat Khas. Sekiranya lantikan tersebut menggunakan dana kerajaan, maka ia adalah sesuatu yang perlu difikirkan semula.

2. Ini kerana, dalam keadaan terdapat sebahagian penjawat awam yang tidak disambung kontrak mereka, ada pula Menteri yang menambah bilangan pegawai buat mereka. Sekalipun ia satu keperluan, tindakan tersebut akan dilihat bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri sebelum ini.

 

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and text

 

3. Pemimpin seharusnya menunjukkan contoh. Atas sebab itu al-Imam al-Nawawi pernah menolak untuk memberikan sumbangan kepada pemerintah di zaman beliau iaitu al-Malik al-Zahir.

4. Al-Malik al-Zahir bertujuan murni. Beliau meminta fatwa ulama pada zamannya untuk membenarkan kutipan dana dijalankan bagi memerangi tentera Tatar yang mengancam keselamatan negara ketika itu.

5. Biarpun langkah tersebut atas keperluan negara, namun tindakan mengutip wang rakyat ketika itu tidak dipersetujui oleh al-Imam al-Nawawi. Ini disebabkan kerana, keadaan pemimpin yang ketika itu masih berlebihan sedangkan rakyat diminta berkorban.

6. Lalu al-Imam al-Nawawi memberikan nasihat agar pemerintah memulakan contoh dengan diri mereka dahulu. Mengurangkan apa yang difikirkan boleh buat diri mereka sebelum meminta rakyat berkorban. Sekiranya penjawat awam ingin dikurangkan, maka pemerintah turut perlu mengurangkan apa yang boleh buat mereka.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *