home Semasa Imam dan khatib Masjid Al-Aqsa meninggal dunia

Imam dan khatib Masjid Al-Aqsa meninggal dunia

 

IMAM dan khatib Masjidi Al-Aqsa pada tahun 80-an Syeikh Muhammad Shiyam meninggal dunia di ibu kota Sudan, Khartoum menjelang Solat Jumaat (15 Februari 2019). Mantan rektor Universiti Islam Gaza itu, meninggal kerana mengalami strok.

Pemerintah Zionis Israel mengusir Syeikh Shiyam pada 28 Julai 1988 dari Gaza. Beliau memilih untuk menetap di Sudan sampai tahun 1994. Setelah itu, beliau bersama bersama keluarganya pindah ke Yaman.

Selama berada di Yaman, Syeikh Shiyam memegang sejumlah jabatan strategis di antaranya Presiden Asosiasi Warga Palestin, Dekan Institut Studi dan Ilmu Pengetahuan Baitul Maqdis Syeikh Abdullah Al-Ahmar, dan jabatan lainnya di berbagai lembaga dan institusi.

Setelah keadaan kesihatannya mulai teruk, Syeikh Shiyam kembali ke Khartoum.

Sejarawan Palestin Usamah Al-Ashqar mengatakan, seperti ditulis oleh Palestine Times, Syeikh Shiyam adalah duta Palestin yang melakukan perjalanan ke seluruh dunia untuk menyampaikan masalah besar yang dihadapi warga Palestin.

Syeikh Shiyam juga dikenal sebagai orator ulung dan singa podium. Mimbar yang paling dia sukai adalah mimbar Masjid Al-Aqsa.

Semoga Allah memberi kelapangan pada kuburnya, mengampuni segala dosanya, dan memberinya rahmat yang melimpah. – fimadani.net (suntingan bahasa oleh Indahnya Islam)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *