home Semasa Solat Jumaat pertama di Bab al-Rahma Masjid al-Aqsa selepas 16 tahun

Solat Jumaat pertama di Bab al-Rahma Masjid al-Aqsa selepas 16 tahun

 

BAITULMAQDIS: Selepas 16 tahun, akhirnya pada Jumaat lalu, umat Islam terutama penduduk Palestin memasuki kawasan Bab al-Rahma dalam kawasan Masjid al-Aqsa yang ditutup sejak 2003.

Ratusan umat Islam diketuai Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein, memasuki kawasan berkenaan sebelum solat Jumaat, selepas Israel mengenakan sekatan melarang umat Islam beribadat di kawasan berkenaan selama 16 tahun.

Menurut laporan agensi berita rasmi Palestin, WAFA, penduduk Palestin melaungkan Allahu Akbar dan slogan lain sambil membawa bendera Palestin meraikan pembukaan semula Bab al-Rahma.

Tindakan itu dilakukan ketika ketegangan antara penduduk Palestin dengan Israel selepas tentera Israel menyerang penduduk Islam Palestin yang beribadat dalam Masjidil Al-Aqsa Selasa lalu, menyebabkan ramai cedera dan ditahan.

 

 

Sejak Jumaat lalu, polis Israel menahan sehingga 60 penduduk Palestin berkaitan pembukaan pintu Bab al-Rahma itu dengan yang terbaru, pengawal Masjidil al-Aqsa yang ditahan hari ini.

Samer Qabbani ditahan polis Israel ketika meninggalkan kawasan Masjidil al-Aqsa kerana dikatakan membuka kembali pintu pagar ke Bab al-Rahma selepas polis Israel menutupnya kelmarin.

WAFA melaporkan, sehingga 60 penduduk Palestin sudah ditahan kerana didakwa terbait dalam pembukaan Bab al-Rahma itu. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *