home Semasa Ustaz Azhar Idrus sokong kempen ‘Malaysia Negara Islam’

Ustaz Azhar Idrus sokong kempen ‘Malaysia Negara Islam’

 

BANGI – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjadi antara individu yang menyokong dan menandatangani petisyen Malaysia Negara Islam (MNI) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Sebelum memberi kuliah di masjid di Kemaman, Terengganu, beliau telah menurunkan tandatangan di hadapan kira-kira 1,000 jemaah yang hadir pada 31 Januari lalu.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kemaman, Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim berkata, Ustaz Azhar turut membantu mempromosikan kempen MNI dalam kuliah berkenaan.

“Beliau bersama-sama memberi sokongan kepada kempen untuk menyokong Malaysia Negara Islam. Selain itu, Ustaz Azhar juga meminta ahli jemaah untuk turut serta.

“Kata Ustaz Azhar, inilah saham kita paling kurang sebagai usaha untuk menegakkan Islam di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Ustaz Mohd Zulkifli memaklumkan, petisyen MNI mendapat lebih 500 tandatangan oleh jemaah di masjid berkenaan.

 

 

26 Disember lalu, Isma, sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menganjurkan kempen Malaysia Negara Islam, dengan matlamat memperkasa kedudukan Islam di tanah air, di samping berperanan menolak usaha terancang pihak tertentu yang ingin mengubah landskap kenegaraan tanah air.

Petisyen yang digerakkan itu, sehingga hari ini berjaya mengumpul 78,520 tandatangan. Orang ramai boleh menyokong usaha ini dengan melayari platform laman web change.org. – Ismaweb

Tandatangan petisyen: bit.ly/malaysianegaraislam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *