home Semasa 3000 umat Islam berhimpun bantah hina Nabi Muhammad SAW

3000 umat Islam berhimpun bantah hina Nabi Muhammad SAW

 

MELAKA: Lebih 3,000 umat Islam di negeri ini membentuk ‘lautan manusia’ pada Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW.

Bantahan berlangsung di Dataran Pusat Transformasi Bandar, Jalan Tan Chay Yan, di sini, malam tadi.

Perhimpunan anjuran Pembela Ummah Melaka itu turut diterajui UMNO dan PAS serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sepakat menentang pihak memperlekehkan agama Islam serta menghina Rasulullah SAW.

Umat Islam dilihat mula membanjiri kawasan perhimpunan sejak jam 5.30 petang, sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, disusuli mula perarakan menuju ke Dataran UTC.

 

 

Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, berkata perhimpunan itu isyarat jelas tidak puas hati umat Islam kepada pihak yang memperlekeh agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Individu yang melakukan perkara ini jelas melanggar syarat Islam sebagai agama Persekutuan.

“Perhimpunan ini isyarat jelas yang umat Islam bangkit membantah pihak yang cuba memperkecilkan agama Islam, selain mahu Peguam Negara supaya segera bertindak,” katanya pada sidang medianya selepas perhimpunan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *