home Semasa Diskriminasi terhadap muslimah bertudung

Diskriminasi terhadap muslimah bertudung

 

1. Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk “Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan: Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjaya Permulaan Di Malaysia.”

Kajian ini mengesahkan bahawa wanita yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung.

2. Firma penyelidikan bebas ini mendapati bahawa diskriminasi masih menebal bagi pengambilan pekerja dalam sektor swasta. Mereka menghantar resume daripada individu yang memiliki kelayakan sama, tetapi dibezakan dengan gambar bertudung dan tidak bertudung. Hasil kajian mendapati wanita Melayu tanpa tudung mendapat kadar panggilan temu duga lebih tinggi, berbanding graduan Melayu bertudung.

3. Kajian ini menunjukkan betapa seriusnya isu diskriminasi terhadap Muslimah bertudung. Sebelum ini, kita dikejutkan dengan para Muslimah yang tidak dibenarkan untuk memakai tudung sekiranya mereka bekerja di Hotel tertentu. Malah ada dikalangan mereka yang tiada pilihan melainkan terpaksa menanggal tudung mereka ditempat kerja.

4. Hari ini kita didedahkan pula dengan dapatan kajian akademik yang mengesahkan kewujudan diskriminasi terhadap wanita Muslimah.

Moga Allah membantu para Muslimah semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *