home Semasa Empat kali pejabat saya musnah dibedil Zionis: Ismail Haniyeh

Empat kali pejabat saya musnah dibedil Zionis: Ismail Haniyeh

 

GAZA – “Ini kali ke empat pejabat saya musnah dibedil rejim Zionis.” Demikian kata Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh, ketika melawat beberapa kawasan di Semenanjung Gaza yang diserang sejak Isnin lalu.

Namun, katanya, semua bangunan yang runtuh itu akan dibina semula kerana ia adalah simbol penentangan terhadap rejim Israel, dan membuktikan ketahanan diri rakyat Palestin.

“Kami akan tetap membinanya semula. Ia adalah simbol penentangan dan kekuatan ketahanan kami,” katanya hari ini.

Dalam siri serangan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, lima bangunan dan tujuh tapak kumpulan sayap bersenjata Hamas, menjadi sasaran pengeboman.

 

Gambar dirakam dua hari lalu menunjukkan banguna pejabat Ismail Haniyeh di bandar Gaza musnah dibedil rejim pengganas Israel pada malam 25 Mac. Haniyeh bagaimanapun dipindahkan terlebih dahulu sebelum bom digugurkan ke atas bangunan itu. – Gambar Mahmud Hams/AFP

 

Menekankan bahawa rejim Zionis telah ‘menerima’ dan ‘memahami dengan baik’ mesej penentangan rakyat Palestin, beliau berkata, rakyat Palestin akan berusaha menangani serangan itu.

Pada masa sama, Haniyeh mengulangi pendirian Hamas yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis daripada Syria, kini menjadi milik Israel.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat Palestin, sama ada wilayah-wilayah yang diduduki, dan diaspora untuk bersama mengambil bahagian dalam perarakan Hari Tanah – The Million Demonstrator March – pada 30 Mac ini.

“Seluruh penghormatan wajar diberikan kepada pihak-pihak yang berusaha untuk menghentikan pencerobohan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza ini,” katanya.

Hamas kini sedang membuat persediaan bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran sempena Hari Tanah, yang menandakan ulang tahun pertama ‘The Great March of Return’, pada 30 Mac ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *