home Semasa Hina Nabi: Polis tahan ‘Danny A’antonio Jr’

Hina Nabi: Polis tahan ‘Danny A’antonio Jr’

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata suspek berkenaan akan direman hari ini.

Petang semalam, polis juga menahan lelaki yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Isnin lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat lima laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *