home Semasa Islam adalah agama yang memuliakan wanita

Islam adalah agama yang memuliakan wanita

 

ISLAM adalah agama yangg memuliakan wanita. Sebelum kedatangan Islam wanita hanyalah bahan dagangan, sekadar memuaskan nafsu, sangat terhinanya wanita di zaman jahiliyyah. Islam meletakkan wanita lebih mulia dari lelaki.

Hanya masyarakat jahiliyyah dan jahil sahaja menganiaya wanita. Islam tak suruh wanita sujud kepada suami, dalam Islam selepas kematian suami balu tidak diberi pakaian khas, tidak dihalang untuk hadir ke majlis-majlis keramaian (selepas iddah).

Belum ada dalam sejarah Islam wanita membunuh diri sebab kematian suami, bukan sebab tak tahu nak makan apa lepas suami mati tapi tak tahu nak hadapi macam mana masyarakat yang hina wanita kematian suami. Ada yang percaya sebagai pembawa kecelakaan.

Dalam perkahwinan pula wanita Islam akan menerima mas kahwin dan hantaran, semua menjadi milik wanita yg dinikahi, ada agama yang meletakkan hantaran, mas, rumah, motor dan kereta pun ada. Keluarga perempuan ada yang bergadai golok untuk perlahwinan anak perempuan mereka.

Kenapa ini semua tidak di”LAUNGKAN”? Ada sekumpulan bangsa gugurkan janin bila memgetahui janin itu perempuan. Ada yang bunuh anak perempuan sebab kemiskinan… ni semua berlaku dalam dunia yang serba moden ini.

Islam tidak mengizinkan kaum hawa dieksploitasi dalam pengkomersialan barang. Ini juga satu bentuk jenayah. Sepatutnya ini juga harus diperjuangkan.

Kalau ada satu dua kes penindasan terhadap wanita itu bukan gambaran keseluruhan wanita dizalami.

Kami sangat menghormati wanita, kerana mereka adalah amanah Allah kepada kaum Adam.

Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *