home Semasa Islam tidak akan dimartabatkan dengan bantuan kafir yang memusuhi Islam

Islam tidak akan dimartabatkan dengan bantuan kafir yang memusuhi Islam

 

AGENDA untuk memartabatkan Islam di Malaysia sesekali tidak akan berjaya dengan bantuan orang kafir yang memusuhi Islam.

Hanya kelompok yang tertipu dengan diri sendiri yang bermimpi perkara seperti itu akan berlaku kerana mereka buta kepada panduan yang tercatat dalam Al-Quran dan Seerah Rasulullah SAW serta sejarah panjang perjuangan para sahabat, salafusoleh dan pejuang Islam pada setiap zaman.

Jiwa mereka telah pun kalah kepada seruan barat akhirnya sanggup menyalahgunakan beberapa potongan ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu demi mencapai cita-cita politik palsu mereka.

Mereka cuba menutup pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap umat Islam dengan mengambil sebahagian daripada ayat Al-Quran dan menolak puluhan ayat Al-Quran lain yang melarang secara jelas sebarang kerjasama, persekongkolan, kelunakan melampau dengan orang bukan Islam sehingga membawa kepada ruang penguasaan bukan Islam ke atas umat Islam. Hilangnya kuasa dan jawatan-jawatan utama sebuah kerajaan kepada orang bukan Islam.

Mereka seterusnya meniru pendekatan barat dengan melabel umat Islam yang menyanggah sikap nifaq yang mereka lakukan sebagai ekstremis melayu, pengganas dan lain-lain gelaran.

Semudah itu cara politik naif dan dangkal oleh mereka dengan menjadikan orang kafir sebagai teman karib atas nama engagement demi jawatan, pangkat dan habuan politik, dan menjadikan saudara seakidah sebagai musuh ketat yang perlu dijauhi, disisihkan dan disekat pengaruh dakwahnya dalam masyarakat.

Sejarah selamanya akan merakam perbuatan khianat oleh mereka ini untuk tatapan generasi akan datang.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Islam tidak akan dimartabatkan dengan bantuan kafir yang memusuhi Islam

  1. ustaz tidak menyentoh bagaimana rakyat malaysia bangkit menjatuhkan kerajaan kleptokrat dan penyokongnya. apakah pandangan islam kpd pendokong ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *