home Semasa Kamu agama kamu, saya agama saya: Ketua Polis Johor

Kamu agama kamu, saya agama saya: Ketua Polis Johor

 

KULAI – Polis Johor menasihati pengguna media sosial supaya lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran membabitkan isu sensitif terutama membabitkan agama di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. berkata, tindakan tidak bermoral sesetengah pengguna media yang bertindak demikian boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Saya nak nasihatkan mereka yang menghina agama lain dalam media sosial, apa yang kamu dapat? Kita hidup dalam satu negara berbilang bangsa dan agama, tidak perlu komen antara satu sama lain. Kamu agama kamu, saya agama saya, kita buat cara masing-masing.

“Toleransi antara agama ini memerlukan kematangan fikiran, jadi kenapa perlu kita membuat komen negatif hingga mencetuskan ketegangan dalam sebuah negara yang aman,” katanya kepada pemberita selepas Pra Pelancaran Program Hari Bertemu Pelanggan Mega PDRM Johor di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan dua individu yang ditahan kerana membuat hantaran menghina Nabi Muhammad SAW. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *