home Semasa Laungan LGBT yang merosakkan

Laungan LGBT yang merosakkan

 

SAMBUTAN Hari Wanita Sedunia dengan laungan slogan “Hidup LGBT” amat menjengkelkan semua pihak. Keberanian mereka berhimpun dan melaungkan slogan tersebut nyata memberi isyarat kepada umat Islam agar terus waspada dengan kesesatan dan budaya yang ingin diterapkan dalam masyarakat Islam Malaysia oleh pihak-pihak tertentu.

Video demonstrasi jalanan anjuran Sisters in Islam dan Women’s Aid Organization yang tular di media-media sosial bersempena Hari Wanita Sedunia telah tercemar dengan dengan laungan dan agenda LGBT.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/09/in-womens-day-march-hundreds-gather-to-demand-end-to-patriarchy/

Sambutan Hari Wanita Sedunia sepatutnya disambut dengan tujuan menghargai jasa pelbagai lapisan wanita. Jerih perih ibu membesar dan mendidik anak-anak, sumbangan wanita dalam dunia kerjaya, pengorbanan isteri membahagiakan rumah tangga serta sumbangan wanita dalam membangunkan negara perlu diberi penghargaan selayaknya, sebaliknya yang berlaku adalah laungan sesat dan seruan yang mencemarkan keaslian dan fitrah wanita.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam jelas dinyatakan dalam perlembagaan negara. Asimilasi budaya Melayu dan Islam telah lama berakar umbi berkurun-kurun lamanya. Keadaan ini mula diganggu gugat dengan slogan palsu seperti feminist, bigotry, toxic masculinity, patriarchy, homophobic dan lain-lain yang amat melampai batas.

Hari Wanita Sedunia seharusnya dijadikan platfom untuk mengajak wanita kembali kepada fitrah mereka. Selain mengingatkan fungsi wanita sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja, fungsi wanita sebagai hamba Allah swt juga perlu ditekankan. Orentasi seks songsang seperti yang diamalkan oleh golongan LGBT perlu dihindari. Selain mengundang kemurkaan Allah swt, perlakuan ini turut mengundang bencana seperti HIV dan lain-lain.

Semoga Hari Wanita Sedunia kali ini mengembalikan kita kepada fitrah dan rasa tanggungjawab, menampilkan wanita qudwah serta hamba yang bertaqwa kepada Allah swt.

Ustazah Dr Nornajwa Ghazali
Ketua Wanita ISMA Ipoh

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *