home Semasa Nasihat ikhlas buat para pengamal seks songsang

Nasihat ikhlas buat para pengamal seks songsang

 

1. Bertaubatlah. Takutlah kepada Allah s.w.t yang telah menciptakan kalian dengan kaedah fitrah yang mulia. Melalui perkahwinan dan perhubungan yang sah antara lelaki dan perempuan. Tidakkah kalian bersyukur?

2. Tuhan yang sama yang telah menghancurkan kaum Nabi Luth a.s yang mengamalkan seks songsang. Dia sengaja meninggalkan kesan dan bukti yang boleh kalian lihat hari ini sebagai pengajaran dan iktibar.

3. Tuhan yang penuh kasih sayang dan bersifat rahmah untuk sentiasa bersedia menerima taubat kalian juga merupakan tuhan yang sama yang akan mendatangkan azab-Nya yang amat pedih dalam pelbagai bentuk jika kalian tetap degil dan berterusan dalam dosa besar ini.

4. Kalian berpenyakit dan perlu dirawat, bukan diangkat. Berjumpalah dengan pakar perubatan, para alim ulama’ dan pelbagai pihak yang boleh membantu mengeluarkan kalian dari dunia gelap ini. Ubat memang pahit dan sakit, tapi ia akan menyembuhkan.

5. Tidak perlulah memperjuangkan hak dan kepentingan golongan seks songsang yang terang-terang bercanggah dengan naluri manusia, adab susila, ajaran semua agama serta perlembagaan negara. Kalian ikut siapa sebenarnya? Lihatlah di negara-negara Barat yang kalian agungkan itu, mereka sedang menuju kehancuran disebabkan penyakit ini.

6. Sebenarnya yang memperkudakan kalian untuk berjuang ialah golongan liberal yang ingin manusia di seluruh dunia terputus dari sebarang ikatan agama, sistem nilai dan undang-undang yang mengawalselia kehidupan. Kalian hanya bidak-bidak di papan catur yang dimanipulasi bagi menjayakan agenda besar mereka.

7. Kalian diminta mengangkat playcard yang penuh kata-kata lucah berbahasa Inggeris dan simbol negatif yang kalian sendiri tidak faham. Kalian dipaksa membawa banner bermotif menghasut dan mencabar kepimpinan negara yang kalian tidak mahu akibatnya. Kalian diminta mengibarkan bendera pelangi yang kalian tidak tahu sejarahnya.

8. Bidak-bidak yang lain bermain di bidang politik, menggubal undang-undang di Parlimen, membangunkan sistem ekonomi kapitalis, menjalankan propaganda media, menyuburkan pendidikan berteraskan ateis dan banyak lagi. Kalian digunakan di bidang sosial bersama-sama golongan feminis. Sebab itulah mereka suruh turun bersama dalam perarakan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

9. Jika kalian inginkan pengiktirafan, berhijrahlah ke negara-negara Barat yang telah mengiktiraf golongan seks songsang, perkahwinan sejenis, perhubungan seks dengan haiwan dan mayat serta banyak lagi kegilaan yang sedang berleluasa di dunia kini. Di sini bukan tempat kalian. Negara ini akan terus dipertahankan identitinya sebagai sebuah negara Islam yang berprinsip dan bersih dari segala najis yang akan merosakkan tamadun kemanusiaan10. Semoga Allah s.w.t memberikan kita semua hidayah dan pengakhiran yang baik.

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *