home Semasa Pengaruh pluralisme dalam perbahasan istilah kafir, bukan Islam

Pengaruh pluralisme dalam perbahasan istilah kafir, bukan Islam

 

DARI sudut pandangan umum kita panggil orang yang tidak memeluk agama Islam sebagai orang bukan Islam, ghayr muslimin. Dalam konteks bernegara kita bahagikan orang bukan Islam kepada kafir zimmi, kafir harbi, kafir mu’ahad dan musta’man, meskipun pada hari ini mereka muwatin (warga negara) tetapi mereka tetap dianggap kafir.

Sekarang ini ada rasa tidak senang orang bukan Islam dianggap kafir, mengapa? Sebab mereka menganggap diri mereka juga beriman kepada Tuhan. Pengaruh pluralisme agama yang meluas telah menyebabkan ramai orang termasuk orang bukan Islam menganggap diri mereka juga beriman dan percaya bahawa semua agama berasal dari Tuhan yang sama kerana itu tidak ada yang kafir.

Sebenarnya istilah kafir adalah istilah yang neutral, tanpa mengira agama, sesiapa pun akan menganggap orang diluar kepercayaannya bukan orang beriman, tidak mendapat keselamatan, tidak masuk syurga. Orang bukan Islam tidak perlu merasa kesal tidak masuk syurga orang Islam dan orang Islam tidak akan sedih dianggap tidak akan masuk syurga penganut agama lain.

Kerana itu pluralisme agama ini adalah musuh agama, ia menutup pintu perbahasan kebenaran agama. Tidak ada agama yang benar mutlak, semua agama sama benar. Benar salah sesuatu agama itu tidak penting, agama menjadi persoalan selera masing-masing, walhal ia adalah persoalan untung nasib manusia di akhirat, perjalanan akhir hidupnya.

Golongan sekular dan liberal dalam hal ini lebih mementingkan perasaan bukan Islam walaupun terpaksa mengetepikan terma al-Qur’an dan menganggapnya tidak lagi sesuai pada zaman sekarang ini. Walhal persoalan iman dan kufur adalah persoalan usuluddin yang tidak boleh berubah sepanjang zaman.

Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *