home Semasa Putrajaya dilanda ribut dahsyat pada hari sama himpunan LGBT?

Putrajaya dilanda ribut dahsyat pada hari sama himpunan LGBT?

 

PUTRAJAYA: Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, pada Sabtu.

Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata kejadian ribut disertai hujan lebat kira-kira 30 minit mengakibatkan beberapa kawasan seperti Presint 9 dan Presint 11, terjejas.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan jentera bersama 18 anggota tiba di lokasi enam minit kemudian.

 

 

 

Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang. – Ihsan pembaca

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan di jalan utama.

“Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam,” katanya ketika dihubungi.

Gambar dan rakaman video kejadian ribut itu turut dikongsi beberapa pengguna di laman Twitter dan Facebook.

 

 

 

Sumber: cempedakcheese.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *