home Semasa Sekolah pondok mampu jadi seperti Universiti Al-Azhar

Sekolah pondok mampu jadi seperti Universiti Al-Azhar

 

BANGI – Sekolah pondok boleh dinaik taraf menjadi sebuah ‘universiti wakaf’, sebagaimana Universiti Al-Azhar di Mesir, menerusi sumbangan orang ramai.

Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (Lepai), Tan Sri Yusof Noor yakin sekolah pondok boleh menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang hanya bergantung kepada sistem wakaf, tanpa memerlukan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, banyak universiti terkenal di dunia juga terdiri daripada ‘universiti wakaf’, di mana pembiayaannya tidak ditanggung oleh kerajaan.

Katanya, masyarakat hari ini seharusnya memikirkan cara bagi menggalakkan semua pihak untuk menghulurkan sumbangan kepada sekolah pondok.

“Perkasakan usaha dan bergabung tenaga memahamkan orang Islam dan juga orang bukan Islam, untuk sama-sama secara sukarela memberi sumbangan kepada institusi pendidikan seperti sekolah pondok ini.

“Orang bukan Islam boleh menderma, takkan orang Islam tidak tergerak hati untuk menderma sama,” katanya memberi ucaptama pada Konvensyen Pondok Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan betapa mulianya darjat tok guru, yang mengajar ilmu agama sehingga mendapat penghormatan tinggi daripada masyarakat.

“Kelahiran sekolah-sekolah pondok di Malaysia bertambah, ekoran ketokohan tok gurunya sejajar dengan permintaan tinggi pelajar yang dahagakan ilmu agama,” katanya.

Konvensyen hari ini menghimpunkan hampir 200 peserta, terdiri daripada 151 wakil sekolah pondok seluruh Malaysia yang hadir bagi membahaskan hala tuju dan usahasama memajukan sekolah pondok. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *