home Semasa Brunei terjemah konsep rahmatan lil alamin sebenar

Brunei terjemah konsep rahmatan lil alamin sebenar

 

BANGI – Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah oleh Kerajaan Brunei adalah konsep rahmatan lil alamin yang sebenarnya, kata Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

Menzahirkan ucapan tahniah atas keberanian dan keazaman politik yang ditonjolkan Brunei, beliau berkata, pelaksanaan undang-undang syariah itu telah memanifestasikan konsep ‘rahmatan lil ‘alamin’ yang sebenarnya.

Katanya, pelaksanaan undang-undang terhadap beberapa kesalahan, termasuk homoseks, zina dan rogol adalah satu tanggungjawab dalam menunaikan hak Allah untuk memelihara keamanan buat manusia.

“Usaha serta pendekatan bagi melaksanakan undang-undang ini secara berperingkat (tadarruj) sejak beberapa tahun lalu, secara sendirinya telah berjaya memperkenalkan dan menjelaskan undang-undang ini kepada orang awam keseluruhannya.

“Sifat ‘rahmatan lil ‘alamin’ Islam itu boleh diperjelaskan menerusi undang-undang rabbani yang adil, sesuai dengan fitrah kejadiaan manusia. Manakala, berusaha mencapai maqasid sedang menolak syariat adalah retorik dusta,” katanya dalam satu kenyataan media di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, meskipun kerajaan Brunei dikritik hebat dan menangguhkan hasrat demikian hampir lima tahun, tempoh itu sebenarnya mampu membangunkan keadaan yang kondusif untuk pelaksanaannya dan meraih persetujuan serta keyakinan masyarakat terhadapnya.

Sejak Rabu lalu, beberapa portal antarabangsa mendakwa pelaksanaan hukuman yang akan dilaksanakan Brunei telah mendiskriminasi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Khairuddin berpendapat, suara dan tindakan yang membantah dan menghalang pelaksanaan undang-undang ini adalah sia-sia, dan tidak hormat terhadap kedaulatan Brunei.

Sebelum ini, Sultan Brunei yang juga bertindak sebagai Perdana Menteri mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Pada Mei 2014, fasa pertama telah dilaksanakan membabitkan kesalahan hamil luar nikah, tidak solat Jumaat dan mempromosikan kepercayaan agama lain, selain Islam. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda atau penjara.

Manakala, dua fasa terakhir berkenaan ditangguhkan sementara berikutan bantahan masyarakat antarabangsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *