home Kolumnis, Semasa Israk Mikraj: Pengajaran istiqamah dan tsabat

Israk Mikraj: Pengajaran istiqamah dan tsabat

 

1. Al-Imam Ahmad meriwayatkan satu insiden yang menarik berlaku pada malam Israk Mikraj. Rasulullah ﷺ dikatakan terhidu bauan yang sangat wangi ketika dalam perjalanan ke langit itu. Baginda ﷺ lalu bertanya kepada Jibril:

يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ فَقَالَ هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلاَدِهَا

Maksudnya: Wahai Jibril, apakah bau yang sangat wangi ini? Jibril menjawab, ia adalah bau tukang sikat (Mashitah) anak perempuan kepada Firaun dan anak-anaknya (mashitah).

2. Menurut riwayat, Mashitah dikatakan menyebut lafaz Bismillah ketika sikatnya terjatuh sehingga menyebabkan anak Firaun mengadu kepada Firaun tentang perkara itu. Firaun berang apabila mendapati ada Tuhan selain dirinya lalu diarahkan supaya disediakan tempat bakar untuk dipanggang, dididih anak-anak Mashitah (si tukang sikat tadi).

3. Sebagai ibubapa, sanggupkah kita melihat anak-anak kita dibakar atau dicampak dalam minyak yang mendidih hidup-hidup? Mampukah kita melihat anak-anak kita menggeletek mati kepanasan? Itulah yang berlaku kepada Mashitah.

4. Beliau dikatakan istiqamah dan tsabat (cekal/kukuh) sehinggalah apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu, yang dikendongnya. Saat itu beliau menangis. Allah lalu mengurniakan karamah yang tidak pernah beliau terfikir. Bayi itu sendiri dikurniakan kelebihan bercakap, lalu menenangkan ibunya.

5. Begitu juga peristiwa Isra menguji muslim akan iman dan istiqamahnya dalam jalan aqidah yang dianutnya.

6. Hari ini pelbagai ujian menimpa kaum Muslimin. Sehinggakan bumi tempat berlakunya Israk Mikraj dibinasakan oleh penjajah Yahudi. Begitu juga bumi kaum Muslimin yang lain seperti di Syria, Iraq, Palestin dan Afghanistan masih melalui ujian yang sama.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semangat yang cekal dan istiqamah dalam mendaulatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *