home Semasa Tabung Haji perlu dijaga, diselamatkan: Mufti Kelantan

Tabung Haji perlu dijaga, diselamatkan: Mufti Kelantan

 

KOTA BHARU – Musuh Islam akan menggunakan peluang untuk menjatuhkan institusi kewangan Islam yang kukuh di negara ini, sekiranya Tabung Haji (TH) tidak mendapat sokongan daripada umat Islam itu sendiri.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, TH perlu dijaga dan diselamatkan daripada seteru yang berniat mahu merosakkan institusi kewangan Islam di negara ini.

Menurutnya, pendeposit diminta tidak mengambil tindakan drastik hanya kerana TH memberi hibah yang rendah.

“Jika TH jatuh, itu tiada lagi institusi kewangan Islam yang boleh dibanggakan di negara ini.

“Masyarakat kena faham, TH berbeza dengan menggunakan konsep simpanan dan ia bukan berbentuk pelaburan,” katanya.

Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beliau berkata, pendeposit penyimpan wang untuk melabur dan akhirnya dapat dividen tetapi berlainan dengan TH kerana penyimpan menerima hibah atau disebut hadiah kasih sayang.

Sekiranya TH tidak mampu memberi hibah, Mohamad Shukri berkata, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana nawaitu asal pendeposit ialah menyimpan wang untuk menunaikan haji.

Beliau berharap, penyimpan tidak merajuk sebaliknya memberi sokongan kepada TH sebagai institusi kewangan Islam yang kukuh di negara ini. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *