home Kolumnis, Semasa Tidak salah mengimpikan syahid

Tidak salah mengimpikan syahid

 

1. Di dalam al-Quran, Allah sendiri membayangkan keindahan mati syahid. Mereka ini disifatkan sebagai golongan yang tidak mati bahkan hidup bergembira di syurga. Firman Allah:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ *فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka.” (Ali Imran:169)

2. Begitu juga dengan Rasulullah. Baginda meletakkan syahid ini sebagai sesuatu yang akan mengangkat Muslim ke kedudukan yang istimewa. Sabda Rasulullah:

انَّ فِي الجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ، أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Sesungguhnya di dalam Syurga nanti ada 100 tingkatan kedudukan yang Allah sediakan buat pejuang di jalan Allah. (HR al-Bukhari)

3. Bahkan Rasulullah menggalakkan kepada kerinduan mati syahid. Sabda Rasulullah:

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

“Barangsiapa yang berdoa supaya dikurniakan mati syahid dengan penuh ikhlah, maka Allah akan meletakkannya dikedudukan orang-orang yang syhid, sekalipun dia meninggal di atas katil (tanpa berjuang). (HR Muslim)

Malah Rasulullah sendiri merindui mati syahid. Perkara ini diceritakan oleh Abu Hurairah yang menyebutkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

(والذي نفسي بيده، وددتُ أنِّي أُقاتلُ في سبيل الله فأُقتلُ، ثم أُحيا ثم أُقتلُ، ثم أُحيا ثمَّ أُقتلُ

“Dan demi jiwaku yang berada di tangannya, aku cinta untuk berjuang dijalan Allah, kemudian aku terbunuh syahid, kemudian aku dihidupkan semula lalu aku berjuang lagi dijalan Allah dan terbunuh. Lalu aku impikan untuk dihidupkan semula dan berjuang dijalan Allah” (Muttafaq ‘alaih)

Lihatlah bagaimana Rasulullah sendiri merindui syahid, melihatnya sebagai sesuatu yang romantic yang dicintainya dan berharap agar dihidupkan semula untuk berjuang sehingga memerolehi syahid semula.

4. Kerinduan tentang syahid ini juga dialami oleh para sahabat. Mereka melihat syahid adalah sebagai sesuatu yang indah. al-Imam al-Bukhari menceritakan bagaimana Anas ibn Nadhr yang bergegas ke medan Uhud. Beliau adalah seorang tua yang tidak dapat menyertai Perang Badar lalu berazam untuk bersama dengan dalam medan Uhud. Beliau berselisih dengan Saad bin Muaz lalu beliau berkata kepada Saad:

إني أجد ريحها من دون أحد

“Wahai Saad, sesungguhnya aku mendapati bau syurga yang tidak didapati oleh yang lain.” (HR al-Bukhari)

Seakan Anas ibn Nadhr melihat syahid ini adalah sesuatu yang romantis, yang diimpikan olehnya lebih dari yang lain.

5. Begitu juga dengan ramai sahabat yang lain yang direkodkan dialog mereka tentang kerinduan mereka kepada syahid. Lihatlah bagaimana Abdullah ibn Rawahah yang bertekad meneruskan perjuangan mereka sekalipun berhadapan dengan ribuan tentera Rom yang jauh lengkap bersenjata. Mereka benar merindui syahid.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *