home Semasa Ustaz Abu Hassan Din meninggal

Ustaz Abu Hassan Din meninggal

BANGI – Penceramah dan tokoh agama terkenal, Datuk Abu Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 73, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Media melaporkan, pemergian bekas penasihat agama Istana Negara itu disahkan anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan.

Yusri berkata, bapanya rebah ketika hendak menunaikan solat Subuh dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, sebelum doktor mengesahkan kematian Abu Hassan kira-kira jam 7.30 pagi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke kediamannya di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur sebelum urusan pengebumian dilakukan di Masjid Sayidina Hamzah.

Jenazah Abu Hassan akan dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran dijangka sebelum atau selepas Zohor.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kupang, Datuk Najmi Ahmad di laman Facebook beliau pagi ini.

Menerusi hantaran itu, beliau berkata, Allahyarham sepatutnya menghadiri satu ceramah sempena kedatangan Ramadan di Kota Raja Ipoh, malam ini. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *