home Semasa Kebakaran hutan di Israel, 40 rumah hangus

Kebakaran hutan di Israel, 40 rumah hangus

 

BAITULMAQDIS: Israel kekal dalam keadaan amat berjaga-jaga, selepas kebakaran hutan akibat cuaca kering memusnahkan kira-kira 40 buah rumah.

Tiada laporan kecederaan disebabkan kebakaran, semalam, ketika perkhidmatan kecemasan memindahkan penduduk yang berada dalam jajaran kebakaran di tengah negara itu.

Ketika bercakap dalam mesyuarat krisis, hari, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada beberapa kerajaan asing yang membantu mengawal kebakaran itu.

Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesir menghantar dua helikopter.

Banyak jalan raya merentasi zon berbahaya di tengah Israel masih ditutup atas kebimbangan kebakaran mungkin kembali marak, ketika cuaca panas luar biasa.

Difahamkan, suhu sudah mencecah sehingga 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan negara itu, sejak beberapa hari lalu. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *