home Semasa Kesetiaan dan kesepaduan dalam jamaah muslim menimbulkan kebencian di hati musuh Islam

Kesetiaan dan kesepaduan dalam jamaah muslim menimbulkan kebencian di hati musuh Islam

 

ISLAM dorong kita hidup berjamaah. Bukan sekadar ayat dan hadith yang dibaca, malah dorongan itu datang dalam bentuk ibadah yang dilaksanakan secara berulang-ulang seperti solat jamaah.

Perjuangan menegakkan Islam ini perlu dibuat secara berjamaah. Amat naif orang yang nak berjuang bersendirian, sedangkan musuh bekerja secara berpasukan.

Segala bentuk organisasi sivil dan parti, adalah dikira jamaah, sama ada fungsi dan tujuannya terhad dalam satu-satu bidang, mahupun yang menyeluruh.

Tiada masalah pada banyaknya jamaah, selagi mana hubungan berbentuk tolong menolong, nasihat menasihati dan bekerjasama demi kedaulatan Islam.

Kerja secara berpasukan memerlukan kesetiaan dan kesepaduan langkah, daripada setiap individu dalam jamaah. Jamaah yang punyai banyak kepala itu bukan jamaah.

Kebenaran datangnya daripada Quran dan Sunnah. Ijtihad dalam perkara tiada nas sebaik-baiknya dilakukan secara berjamaah juga, melalui perangai syura yang sebahagiannya diinstitusikan.

Kesetiaan dan kesepaduan langkah atas keputusan ijtihad melalui syura adalah perangai terpuji. Manakala perangai yang menimbulkan situasi ketercanggahan dengan keputusan ijtihad melalui syura hendaklah dijauhi.

Asobiyah itu tidak salah dan tidak betul dengan sendirinya. Sama seperti sifat marah, asobiyah itu hukumnya bergantung pada konteks. Jika untuk maslahah Islam, maka itu terpuji. Jika untuk kepentingan hawa nafsu, maka hendaklah dijauhi.

Ingatlah bahawa kesetiaan dan kesepaduan dalam jamaah muslim, serta kerjasama sesama jamaah-jamaah ini, adalah titik panas yang menimbulkan kebencian di hati musuh Islam.

Selain musuh, terdapat juga dalam kalangan muslimin yang terjebak secara tidak sedar dalam kancah anti kesetiaan, kesepaduan dan kerjasama sesama muslim.

Kebiasaannya perkara ini berlaku kerana mereka tidak menjadikan syura itu sebagai perangai mereka yang sepatutnya.

Pada zaman individualisme yang kuat di negara bebas seperti Malaysia, perangai menimbulkan situasi ketercanggahan dengan hala tuju jamaah-jamaah muslimin atas isu-isu cabang melalui ijtihad peribadi adalah satu perkara biasa.

Kita hadapinya sebagai salah satu masalah umat Islam pada hari ini dan bahawa kesepakatan umat itu adalah suatu yang mahal; amat bernilai tetapi tidak mudah diperoleh.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *