home Semasa Majlis berbuka puasa di kuil Gurdwara Sahib termasuk bid’ah dalam agama

Majlis berbuka puasa di kuil Gurdwara Sahib termasuk bid’ah dalam agama

 

SAYA terpanggil mengulas perkara ini kerana terdapat kekeliruan dalam kalangan umat Islam sendiri tentang hukum majlis berbuka puasa diadakan di dalam kuil.

Kaedah feqah yang digunakan sebahagian pihak untuk mengharuskan perbuatan ini adalah الأصل في الأشياء الإباحة.

Kaedah feqah ini berarti: Asalnya dalam setiap perkara (yang bukan ibadah) adalah harus. Selagi mana bukan berkait perkara ibadah dan tiada dalil yang melarang sesuatu perbuatan tersebut.

Namun jika dilihat dalam majlis iftar ini, adakah ia termasuk dalam kategori الأشياء perkara-perkara selain ibadah?

Jika diteliti hadis-hadis berkaitan dengan iftar dan majlis iftar, tidak syak lagi ianya merupakan suatu ibadah. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائمًا، كانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِن أجْر الصَّائمِ شيءٍ

Ertinya: Barangsiapa yang memberi makan seorang yang berpuasa, dia telah mendapat seperti pahala puasa lelaki yg dia beri makan itu, tanpa mengurangkan walau sedikit daripada pahalanya.

Dalam hadis ini terdapat maksud seorang itu menganjurkan majlis berbuka puasa dengan memberi makan kepada orang yang berpuasa.

Dan hadis-hadis yang lain tentang kegembiraan seorang itu apabila tiba saat berbuka puasa.

Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa majlis berbuka puasa dan berbuka puasa itu sendiri merupakan ibadah kepada Allah SWT.

Oleh yang demikian, apabila termasuk dalam perkara ibadah mestilah kita melihat perbuatan Rasulullah SAW ketika berbuka puasa kerana ianya merupakan ibadah.

Tiada dalam nas mana-mana mengatakan bahawa Rasulullah ada berbuka puasa dalam rumah ibadat orang kafir ataupun menganjurkan majlis berbuka puasa dalam kuil ataupun tempat persembahan walaupun terdapat rumah-rumah ibadat orang yahudi pada zaman baginda.

Oleh itu, pandangan saya perkara ini termasuk dalam bid’ah dalam agama. Apabila sesuatu bid’ah itu tiada asasnya langsung sandarannya daripada syariat maka ianya boleh dianggap bid’ah yang sesat yang perlu diperangi.

Wallahuallam, semoga tulisan yang ringkas ini menjadi panduan kita dalam beribadah.

Ustaz Muhammad Ikram bin Abu Hassan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *