home Kolumnis, Semasa Nasihat buat peniaga ‘karipap angin’

Nasihat buat peniaga ‘karipap angin’

 

1. Masih timbul lagi isu peniaga ‘karipap angin’ di bulan Ramadan ini. Karipap tersebut dikatakan tidak mempunyai inti, isinya hanyalah angin. Buat peniaga ‘karipap angin’, saya ingatkan anda beberapa pesanan daripada Rasul Junjungan. Sabda Rasulullah:

إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

 

Image may contain: food

 

2. Para sahabat tertanya-tanya, mengapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

“(sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)

3. Rasulullah turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)

 

 

4. Benar, bulan Ramadan inilah peluang buat peniaga bazar Ramadan untuk meningkatkan pendapatan mereka, tetapi bertimbang-rasalah. Peniaga yang bertimbang-rasa akan memperolehi doa dari Rasulullah. Rasulullah pernah mendoakan rahmat buat peniaga yang bertimbang-rasa. Sabda Baginda:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli, dia bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari)

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *