home Semasa Zionis serang jemaah Palestin tunai solat tarawih

Zionis serang jemaah Palestin tunai solat tarawih

 

BAITULMAQDIS – Sedang umat Islam lain boleh beribadah dengan aman sepanjang bulan Ramadan, rakyat Palestin terpaksa berdepan situasi sebaliknya apabila berterusan menghadapi penindasan daripada rejim pengganas Israel.

Awal Ramadan lalu, dunia dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi Zionis ke atas Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 27 terbunuh, manakala ratusan yang lain cedera.

Walaupun tiada serangan udara dan bom, namun rakyat Palestin di Baitulmaqdis turut berdepan serangan Israel, apabila rejim berkenaan menyerang jemaah di Pagar Damsyik, selepas menunaikan solat tarawih di Masjid al-Aqsa semalam.

 

 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, pasukan keselamatan Israel dilihat menyerang rakyat Palestin di kawasan itu, sebelum melepaskan bom dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan.

Masjid al-Aqsa menjadi tumpuan bagi ribuan rakyat Palestin untuk berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih.

Difahamkan, puluhan ribu rakyat Palestin dijangka berhimpun di Masjid al-Aqsa esok, untuk menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *