home Semasa Morsi jiwa yang syahid dengan tenteram: Erdogan

Morsi jiwa yang syahid dengan tenteram: Erdogan

 

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyifatkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah sebagai syahid.

Sebelum itu, Morsi dilaporkan pengsan ketika perbicaraan di mahkamah.

“Semoga Allah merahmati saudara kita Morsi, jiwa yang syahid dengan tenteram,” katanya yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas presiden itu.

Hubungan Turki dan Mesir dikatakan amat renggang sejak tentera Mesir yang dipimpin oleh Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Morsi pada tahun 2013.

 

 

Sejak itu, Erdogan secara lantang mengecam penggulingan Morsi dan meminta pembebasan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Bercakap di Istanbul, Erdogan menggelar Sisi sebagai pemimpin zalim kerana merampas kuasa dan mengganggu proses demokrasi.

“Barat pula kekal berdiam diri,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *