home Semasa Pendidikan Islam hak orang Islam

Pendidikan Islam hak orang Islam

 

ORANG bukan Islam tidak berhak mencampuri hal ehwal agama Islam dan pendidikan Islam kerana ia akan menunjukkan bahawa umat Islam terlalu lemah dan tidak mampu menguruskan urusan agama mereka sendiri serta pendidikan Islam.

Sebenarnya umat Islam mampu menguruskan hal ehwal agama dan pendidikan Islam tanpa campur tangan orang luar jika umat Islam mengikut panduan Islam yang menekankan kepentingan merujuk kepada alim ulama’ dan cendekiawan Muslim.

 

 

Kebiasaan melakukan tinjauan awam bukan tradisi Islam tetapi budaya Barat moden yang menekankan kepada keramaian dan bukan ilmu serta kebenaran. Dalam Islam kita ada konsep Syura di mana ahli syura adalah orang-orang yang berilmu di kalangan masyarakat.

Ini ialah budaya ilmu yang dianjurkan oleh Islam sedangkan tinjauan awam adalah budaya pop yang sebenarnya tidak menjanjikan natijah yang baik kerana pandangan orang berilmu disamakan dengan pandangan orang awam.

Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM

Sumber: https://web.facebook.com/drkhalif/posts/2510067542346500

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *