home Semasa Persidangan LGBT antarabangsa bakal diadakan di Malaysia?

Persidangan LGBT antarabangsa bakal diadakan di Malaysia?

 

1. Menurut laman Fakir Ilmu, satu persidangan LGBT bakal diadakan di Malaysia pada Oktober nanti. Pengerusi WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mempersoalkan perancangan untuk mengadakan persidangan ini di Malaysia memandangkan persidangan tersebut tidak mempunyai rakan kolaborasi dari Malaysia bahkan tidak menampilkan sebarang pembentang dari Malaysia.

2. Sebaliknya persidangan ini akan menampilkan ucaptama dari pejuang transgender dari USA, (Jessica Lyn) dan Sri Lanka (Bhoomi Harendran). Mengapa pula aktivis transgender antarabangsa diberi ruang untuk mempromosikan perjuangan mereka?

3. Siapa pula Jessica Lyn ini? Beliau adalah aktivis trangender yang telah mempromosi dan memperjuangkan ke arah penerimaan amalan transgender ini kepada lebih 24 negara di seluruh dunia. Begitu juga dengan Bhoomi Harendran, beliau adalah Pengasas dan Pengarah National Transgender Network di Sri Lanka.

 

 

4. Menurut Dr. Rafidah: “Aktiviti ini jelas mempromosi LGBT di Malaysia dan bertentangan dengan agama Islam serta agama-agama lain di Malaysia, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.”

5. Penganjuran ini turut bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang pernah menegaskan bahawa Malaysia tidak menerima LGBT.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tidak-diterima-di-malaysia-tun-mahathir-186203

6. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi tanggungjawab Muslim untuk mencegah tindakan mempromosikan kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:

((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dari segala kemungkaran.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *