home Kolumnis, Semasa Presiden Morsi tidak ‘mati’

Presiden Morsi tidak ‘mati’

 

1. HARI ini kita dikejutkan dengan berita kematian bekas Presiden Mesir, Dr. Morsi yang meninggal sewaktu di dalam perbicaraan Mahkamah. Sekiranya beliau berjuang untuk menegakkan Islam, maka mudah-mudahan beliau dikurniakan mati syahid. Dan mereka yang syahid tidak meninggal begitu sahaja. Firman Allah:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (Ali Imran: 169)

2. Mereka hidup disisi Allah bahkan dikurniakan kehidupan yang mewah. Malah mereka dikurniakan kelebihan bertemu dengan Allah. Ketika ayah Saidina Jabir syahid di medan Uhud, Jabir kelihatan sangat sedih. Rasulullah lalu menujuk Jabir dan berkata:

مَا كَلَّمَ اللَّهُ تَعَالَى أَحَدًا قَطُّ إِلَّا مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ، وَإِنَّهُ أَحْيَا أَبَاكَ فَكَلَّمَهُ كِفَاحًا

“Tiada seorang pun boleh berbicara dengan Allah melainkan dibelakang hijab, tetapi Ayahmu Jabir (yang mati syahid ini) dia dibangkitkan dan berbicara dengan Allah secara terus” (HR al-Tirmizi)

Apakah nikmat yang lebih utama selain bertemu dengan Allah, Allah redha dengan kita dan kita bertemu dengannya.

 

 

3. Tahukah anda bahawa Morsi dinaikkan melalui jalan demokrasi. Namun dijatuhkan oleh rampasan kuasa tentera. Anehnya, barat si pejuang demokrasi tidak banyak pula mempertahankan Morsi bahkan menyokong al-Sisi pula.

4. Mudah-mudahan Allah mengurniakan Dr Morsi, Presiden yang dizalimi ini, kematian yang dicemburui iaitu mati syahid. Morsi tidak meninggal begitu sahaja. Dia menghidupkan lagi jiwa-jiwa mukmin yang lain.

Semoga Allah mengurniakan kita semua mati syahid.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Presiden Morsi tidak ‘mati’

  1. Innalillahirojiun mudah mudahan rohnya ditempatkan dikalangan yang beriman dan syahid. Kehilangan Morshi akan membangkit jiwa morshi dikalangan umat islam yg lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *