home Semasa Prof Normah dinobatkan wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam

Prof Normah dinobatkan wanita kedua paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam

 

SHAH ALAM – Pengarah Perakaunan Penyelidikan (Accounting Research Institute @ ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Normah Omar, telah dinobatkan sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory, sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom (UK), iaitu sebuah organisasi yang menyediakan khidmat nasihat strategik kepada badan kerajaan, institusi kewangan dan organisasi dua-hala dalam memajukan pasaran kewangan.

Penganugerahan ini dibuat dalam majlis perasmian 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards Ceremony, di JW Marriott Marquis Hotel Dubai pada 17 Jun 2019.

Prof Normah disenaraikan di tempat kedua, selepas Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso. Anugerah ini sekali gus mengiktiraf dedikasi dan kesungguhan Prof Normah dalam usaha beliau memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Islamic Financial Criminology.

Prof Normah adalah penyelidik perintis dalam bidang Islamic Financial Criminology yang mana sumbangan dan kesungguhan beliau telah berjaya mencapai aspirasi Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

 

 

Di bawah pimpinan beliau juga, ARI telah diberikan status HICoE atau Higher Institution Centre of Excellence oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sejak 2010 dan institut ini secara berterusan meletakkan penyelidikan dalam bidang Kewangan Islam sebagai fokus utama.

Pada 2017, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik Prof Normah sebagai wanita pertama untuk berada di dalam Program Pensijilan Pencegahan Rasuah.

Di samping memegang beberapa jawatan penting di peringkat nasional, Prof Normah juga telah berjaya menaikkan taraf kedudukan usahawan wanita dengan membangunkan produk-produk baharu Kewangan Islam. Beliau juga merupakan mentor dan pakar rujuk kepada ramai ahli akademik dan para pemimpin yang berpengaruh.

Prof Normah telah dianugerahkan dengan pelbagai pengiktirafan sebelum ini yang mana pada 2016, beliau telah dinobatkan sebagai Game Changer of the Year oleh ACQ London dan pada 2017 pula telah menerima anugerah Global Good Governance Award di Dubai dan The Advocacy of Islamic Financial Criminology Award di Kazakhstan.

 

 

Jelas sekali Prof Normah adalah contoh terbaik bagi wanita dan kejayaan dan wajar ditempatkan dalam kedudukan 10 wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam.

Selaras kepakarannya dalam bidang ini, Prof Normah telah banyak memberikan sumbangan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan badan kerajaan seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Institut Integriti, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, CPA Australia, Association of Fraud Examiners, Association of Certified Anti-Money Laundering Specialists, Association of Bankers Malaysia, Association of Islamic Banking Institutions Malaysia dan beberapa persatuan lagi.

Majlis penganugerahan 2nd WOMANi Awards ini telah dihadiri ahli profesional dalam bidang kewangan dan kewangan Islam dari serata dunia selain Malaysia seperti Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Pakistan termasuk ahli-ahli dari Gulf Cooperation Council (GCC). – kampusuols.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *