home Semasa Rejim Mesir penganiaya yang menyebabkan kematian Morsi: Erdogan

Rejim Mesir penganiaya yang menyebabkan kematian Morsi: Erdogan

 

TURKI – Presiden Recep Tayyip Erdogan yang hadir menyertai solat jenazah ghaib di Masjid Fatih di Istanbul mengecam Kaherah kerana tidak memberi layanan perubatan sewajarnya kepada bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Ketika ribuan warga Istanbul turut serta dalam solat itu, beliau menyifatkan Morsi sebagai syahid, dan menyifatkan rejim Mesir sebagai ‘penganiaya’ hingga menyebabkan kematian rakannya itu.

Penyokong kuat Morsi itu juga berkata:

“Saya tidak percaya Morsi meninggal dunia kerana sebab biasa.”

Beliau turut mengecam pihak berkuasa Mesir kerana mengebumikan Morsi secara diam-diam – hanya dihadiri sebahagian kecil anggota keluarga bekas presiden itu.

Kematian bekas presiden yang dipilih secara demokrasi – pertama dalam sejarah Mesir – mendapat perhatian dan ucapan takziah daripada warga Timur Tengah.

Penerima Anugerah Nobel Keamanan, Tawakkol Karman berkata:

“Saya dukacita, untuk diri sendiri dan semua manusia bebas di dunia… kematian seorang pejuang besar di atas jalan kebebasan.”

 

 

Di ibu negara Qatar, Doha, ribuan umat Islam berkumpul di masjid-masjid untuk mengadakan solat jenazah ghaib kepada Morsi.

Turut hadir ialah bekas pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Khaled Meshaal. Morsi adalah pendukung kuat membebaskan rakyat Palestin daripada tekanan rejim Zionis Israel.

Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang tinggal dalam buangan, Amr Darrag, juga menyifatkan kematian Morsi sebagai satu pembunuhan, dan menggesa siasatan bebas dijalankan dengan segera.

Isnin lalu, Morsi rebah di dalam bilik kaca kalis bunyi di mahkamah, ketika beliau berdepan tuduhan bekerjasama dengan Hamas, sebelum dikejarkan ke hospital.

Peguam negara Mesir kemudian mengumumkan Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Morsi dikebumikan di tanah perkuburan Islam di kawasan Penjara Tora, Kaherah yang turut menempatkan kubur beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, yang lain. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *