home Semasa Bukan semua buku Baghdad terbakar

Bukan semua buku Baghdad terbakar

 

1. KETIKA serangan berlaku ke atas Baghdad pada tahun 1258, Hulagu Khan dikatakan membunuh hampir 800,000 nyawa dan menghapuskan sumber ilmu umat Islam. Khazanah ilmu ini dibuang ke dalam sungai Tigris sehingga dikatakan warna air sungai tersebut berubah menjadi hitam, kesan pencairan dakwat buku tersebut.

2. Namun dalam serangan tersebut, terdapat satu perpustakaan yang masih terselamat dari serangan Monggol. Ia terletak berhampiran dengan makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, seorang tokoh sufi pada kurun ke 11.

3. Menurut Dr. Saad Iskandar (Pengarah Perpustaakaan Negara Iraq), ketika kempen serangan besar-besaran ke atas Baghdad berlaku pada tahun 2003 yang dipimpin oleh Amerika, sebanyak hampir 10 buah perpustakaan di Baghdad musnah dalam tragedi tersebut. Menariknya, perpustakaan al-Qadiriah, yang terletak berhampiran dengan makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ini masih terselamat.

 

 

4. Antara manuskrip yang masih terpelihara adalah karya kesusasteraan Arab yang berusia hampir 950 tahun. Perhatikan di sini bagaimana Allah memelihara karya penulisan ulama silam ini atas keikhlasan mereka merekodkan ilmu itu sendiri.

5. Perhatikan bagaimana proses al-Bukhari yang menghasilkan kitab Sahih al-Bukhari selama 16 tahun dengan penuh kesungguhan, teliti dan ikhlas sehingga Allah memelihara karya ini yang berusia lebih 1000 tahun.

Semoga Allah mengurniakan kita keikhlasan dalam menukilkan ilmu.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *