home Kolumnis, Semasa Dosa memberikan kesan pada wajah

Dosa memberikan kesan pada wajah

 

1. SAIDINA Abu Darda pernah menyampaikan satu nasihat yang sangat menyentuh jiwa. Kata beliau, dosa yang dilakukan oleh manusia boleh dirasai oleh hati orang-orang yang beriman sehingga mereka tidak gemar melihat wajah pendosa. Kata Abu Darda’:

ليتق أحدكم أن تلعنه قلوب المؤمنين وهو لا يشعر ، يخلو بمعاصي الله ، فيلقي الله له البغض في قلوب المؤمنين

“Takutlah kamu dari dilaknat oleh jiwa-jiwa orang yang beriman dalam keadaan kamu tidak sedari. Mereka yang melakukan maksiat dalam keadaan bersembunyi ini, Allah akan mencampakkan rasa benci jiwa yang beriman terhadapnya.”

2. Saidina Abu Darda seolah ingin menyedarkan kita bahawa dosa yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada jiwa mukmin, sehingga mereka berasa tidak selesa, atau marah dengan kita.

3. Dengan sebab itu Ibn Rajab menukilkan kata-kata salafusoleh yang menyatakan bahawa dosa dan maksiat yang kita lakukan boleh memberikan bekas kepada wajah kita. Ia direkodkan oleh Ibn Rajab yang menyebutkan:

إن العبد ليذنب الذنب فيما بينه وبين الله ، ثم يجيء إلى إخوانه ، فيرون أثر ذلك عليه

“Sesungguhnya seorang hamba itu, ketikamana dia melakukan maksiat seorang diri (yang hanya Allah mengetahuinya) lalu dia datang kepada sahabat-sahabatnya, maka mereka (sahabat tersebut) boleh melihat kesan maksiat tersebut pada dirinya.

 

 

4. Malah Rasulullah pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah bahawa ada manusia yang ditinggalkan kerana manusia takut dengan kejahatannya. Sabda Baginda:

يَا عَائِشَةُ إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ وَدَعَهُ أَوْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ

“Wahai Aisyah, sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang ditinggalkan oleh manusia kerana kejahatan yang mereka lakukan (samada kata-kata atau perbuatan mereka).”

5. Ada dikalangan kita yang manusia merasa bahagia dengan kehadiran mereka. Ada pula dikalangan kita yang dibenci keberadaan mereka kerana kejahatan yang mereka lakukan. Tidak kira samada kejahatan terhadap manusia atau terhadap Islam itu sendiri.

Semoga Allah memelihara dan menjauhkan kita dari dosa. Semoga Allah menjadikan kita hamba yang soleh disisiNya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam
▪️ twitter.com/IndahnyaIslam

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *