home Semasa Jelajah Zakir Naik: Kelantan ambil berat aspek keselamatan

Jelajah Zakir Naik: Kelantan ambil berat aspek keselamatan

 

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengambil berat aspek keselamatan sempena Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik pada 7 hingga 10 Ogos nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya telah membuat perbincangan dengan polis Kelantan mengenai aspek berkenaan.

“Insya-ALLAH kita sudah membuat perbincangan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan yang memberi kerjasama dalam aspek keselamatan sempena program Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik nanti.

“Dengan kehadiran orang ramai yang mencecah 100,000 orang pada kemuncak program pada 9 Ogos nanti kita memang memerlukan kawalan keselamatan untuk mengelakkan sebarang masalah.

“Justeru, kita harap semuanya berjalan lancar sepanjang program itu nanti dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai sepanjang program itu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa program berkenaan di Bilik Mesyuarat Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

 

 

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Program, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Mohamed Fadzli berkata, ia adalah program pertama yang melibatkan pendakwah terkenal itu di Kelantan.

Antara program yang disusun untuk beliau ialah Intellectual Discouse pada 7 Ogos di Kelantan Trade Centre untuk ahli akademik dan pelajar universiti, Executive Talk pada 8 Ogos untuk pegawai kerajaan dan penjawat awam, Muslimat Talk pada 9 Ogos dan kemuncaknya pada malam 9 Ogos di Stadium Sultan Muhammad IV yang bakal membincangkan tajuk Islam Fobia.

Mohamed Fadzli berkata, undangan Dr Zakir juga adalah sebagai solidariti dan sokongan terhadap beliau yang dibelenggu beberapa isu sensitif sejak akhir-akhir ini.

Dr Zakir Naik juga dijadual menyampaikan ceramah perpaduan dalam Islam sempena Himpunan Hari Wukuf di Pusat Tarbiah Islamiah Pengkalan Chepa pada 10 Ogos. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *