home Kolumnis, Semasa Kekeliruan liberal tentang mengingati mati

Kekeliruan liberal tentang mengingati mati

 

1. TAN Sri Rafidah menempelak tafsiran agama yang sempit yang dikatakan berlaku dalam pengajaran disekolah. Beliau memberikan contoh pengajaran tentang mengingati mati sebagai satu ajaran yang sempit. Beliau sempat menceritakan pengalamannya ketika melihat persembahan kanak-kanak disebuah sekolah yang mengingatkan kita tentang mati. Rafidah berkata:

“Dalam ucapan ucapan saya, saya menghentam (pentadbiran) sekolah berkenaan. Adakah ini yang kamu ajar? Kanak-kanak ini belum pergi ke sekolah lagi dan kamu mahu mereka ingatkan orang dewasa tentang akhirat?”.

 

Image may contain: 2 people, eyeglasses and text

 

2. Apa yang diungkapkan oleh Tan Sri ini jelas bercanggah dengan pandangan yang diutarakan oleh Rasulullah. Dalam sebuah hadith, Ibn Umar pernah bertanya kepada Rasulullah tentang sifat orang cerdik. Kata Ibn Umar:

فأي المؤمنين أكيس؟ قال: “أكثرهم للموت ذكرا، وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس

“Wahai Rasulullah, siapakah Mukmin yang paling cerdik. Rasulullah lalu berkata: Mereka yang cerdik adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuk kematian mereka. Mereka itulah golongan yang cerdik.”

Malangnya pada hari ini, terdapat juga mereka yang melihat usaha mendidik anak-anak agar memikirkan soal masa depan akhirat mereka sebagai satu tafsiran agama yang sempit.

3. al-Imam Ibn Kathir turut menceritakan tentang satu situasi yang menarik yang berlaku dalam kehidupan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ia direkodkan di dalam kita al-Bidayah wa al-Nihayah yang menyebutkan:

ان عمر بن عبد العزيز بكى ، وهو غلام صغير ، فبلغ ذلك أمه فأرسلت إليه فقالت : ما يبكيك؟ قال : ذكرت الموت . فبكت أمه . وكان قد جمع القرآن وهو غلام صغير

“Umar Abdul Aziz pernah menangis ketika beliau masih kecil. Perkara ini disampaikan kepada ibu beliau, lalu ibunya segera mendapatkannya. Si Ibu lalu bertanya, apa yang membuatkan engkau menangis? Umar lalu menjawab: kerana mengingati mati. Ibu beliau terus menangis. Umar dikatakan telah menghafal al-Quran sejak beliau kecil lagi.”

 

 

4. Kisah ini mengingatkan kita tentang bagaimana anak kecil yang mempunyai kefahaman Islam yang baik akan membesar sebagai seorang pemimpin yang baik. Umar Abdul Aziz pernah diiktiraf sebagai Khalifah al-Rasyidin yang kelima kerana kehebatan pentadbiran beliau.

Kisah beliau yang mengingati mati seharusnya menjadi pengajaran buat kita tentang sosok peribadi yang hebat sejak kecil. Anehnya hari ini bila ada anak kecil yang ingatkan tentang kematian, ada pula yang menganggap ia sebagai tafsiran agama yang sempit.

5. Ingatlah pesan Rasulullah tentang mengingati mati ini:

أكثروا ذكر هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فإنه ما ذكره أحد فى ضيق من العيش إلا وسعه عليه ولا فى سعة إلا ضيقه عليه

“Perbanyakkanlah mengingat pemutus kelazatan (iaitu mengingati kematian) kerana jika seseorang mengingatnya saat sempit, maka dia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatnya ketika senang, maka dia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

——

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam
▪️ twitter.com/IndahnyaIslam

text gambar

One thought on “Kekeliruan liberal tentang mengingati mati

  1. Ya Allah….Ya Rahman….Ya Rahim…berilah hidayah pada Tan Sri ini….kecian dia dah tua nak mampus pun tak sedar diri lagi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *