home Semasa Pindah ke akaun patuh syariah melalui M2U

Pindah ke akaun patuh syariah melalui M2U

 

KUALA LUMPUR – Maybank Islamic Berhad memperkenalkan inisiatif pemindahan Akaun Semasa/Simpanan Konvensional (CASA) sedia ada kepada Akaun Semasa/Simpanan Islamik (CASA-i) patuh syariah hanya melalui laman M2U.

Ia tidak membabitkan pertukaran nombor akaun.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, inisiatif ini disasarkan kepada pelanggan yang mahu beralih kepada akaun patuh syariah, namun bimbang tidak dapat mengekalkan nombor akaun sedia ada.

“Pencapaian ini inisiatif pertama bagi bank Islam di Malaysia yang menawarkan pemindahan Akaun Semasa/Simpanan dengan mudah.

Penandaan operasi (standing instructions/arahan tetap) yang tersedia turut dikekalkan serta ia boleh dilakukan dengan mudah dan percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Menurutnya, pelanggan boleh membuat pemindahan akaun itu menerusi M2U atau boleh mengunjungi cawangan Maybank berdekatan untuk mendapatkan bantuan sekiranya tidak mempunyai perbankan dalam talian.

Katanya, pihaknya mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada pelanggan yang mahu beralih kepada akaun patuh syariah.

“Antara pandangan lain yang diterima termasuk mereka tidak mahu kehilangan penandaan operasi apabila membuka akaun baharu, terpaksa mengisi borang lain serta kesulitan untuk ke cawangan bank semata-mata membuka akaun baharu.

“Dengan penyelesaian yang ditawarkan, kami membuktikan betapa pentingnya institusi kewangan untuk mengguna pakai teknologi digital dalam menawarkan pengalaman perbankan terbaik kepada pelanggan,” katanya. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *