home Semasa Semangat perpaduan perlu dipupuk bermula dari sekolah

Semangat perpaduan perlu dipupuk bermula dari sekolah

JOHOR BAHRU – Semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring dengan usaha untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut baginda, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

“Semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah, di samping memberi penekanan kepada subjek Sejarah untuk mengukuhkan lagi jati diri rakyat.

“Sistem pendidikan berperanan dalam menjadi medium penting sebagai pemangkin perpaduan kaum di negara ini,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Istana Bukit Pelangi, di sini.

Pertemuan yang turut berlangsung lebih sejam itu menyaksikan Maszlee mendapatkan pandangan daripada baginda berhubung hala tuju serta sistem pendidikan negara.

Sultan Johor turut bertitah menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar tanpa mengenepikan Bahasa Melayu.

“Begitu juga dengan cadangan di mana Bahasa Mandarin dan Tamil boleh turut dipelajari bersama-sama dan menjadi kelebihan dalam penguasaan bahasa.

“Kemahiran menguasai pelbagai Bahasa bukan sahaja suatu perkara baik, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum,” titah baginda. – BERNAMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *