home Semasa Undi 18 Tahun: Perbahasan dalam konteks siyasah syariyyah perlu lebih mendalam

Undi 18 Tahun: Perbahasan dalam konteks siyasah syariyyah perlu lebih mendalam

 

ASASNYA, intipati teras siyasah shar’iyyah adalah siyadah shariah (kedaulatan Islam), nilai mendasarinya adalah keadilan serta konsep sistem yang membentuknya adalah shura.

Namun dalam politik barat, intipatinya adalah humanisme, nilai mendasarinya adalah liberalisme (human right) serta konsep sistem yang membentuknya adalah demokrasi liberal.

Jadi tidak sepatutnya menggunakan dalil ‘siyasah shariyyah’ sedangkan yang diertikan adalah kehendak politik barat.

Walaupun menggunakan istilah yang sama ‘maslahat-kebajikan’, ‘keadilan’, ‘kebebasan’ dll namun ia mempunyai maksud yang berbeza oleh kerana konteks istilah tersebut berdiri atas intipati yang berbeza.

Bebas untuk murtad bukanlah kebebasan, beri hak LGBT bukanlah keadilan atau demokrasi bukanlah shura.

Gagal melihat perkara inilah menyebabkan kita terperangkap menyatakan politik barat itulah siyasah shariyyah.

Termasuklah dalam soal undi 18 tahun, kalau serius ingin dilihat pada perspektif siyasah maka rujuklah perbahasan ulama siyasah secara menyeluruh terutama pada hal syarat orang yang berhak melantik pemimpin (ahlul hillu wal aqdi).

 

 

Melihat negara-negara barat buat bukanlah satu hujah untuk kita sama buat kerana politik Islam mempunyai kerangka dan dasar yang tersendiri jauh berbeza dengan mereka.

Begitu juga, dalam perbahasan siyasah, baligh hanyalah satu syarat daripada puluhan lagi syarat-syarat lain yang melayakkan seseorang itu memilih pemimpin.

Ambillah perbahasan tersebut secara menyeluruh dan lihatlah pada perspektif masyarakat remaja kita hari ini, apakah pada umur tersebut dalam remaja kita hari ini sudah mampu mencapai syarat yang digariskan ulama. Dalam relaiti kajian hari ini, mungkin perlukan kajian kuantitatif terlebih dahulu untuk mendapat data lebih tepat.

Kemudian simpulkan setelah dianalisis berdasarkan timbangan maslahat dan mafsadah apabila polisi ini dibuat. Digariskan bersama dhawabit yang jelas jika ingin melaksanakan perkara tersebut.

Inilah ijtihad dalam siyasah shariyyah, memang tidak mudah kerana ia memerlukan kefahaman mendalam terhadap nas serta perbahasan ulama dan penguasaan yang tinggi terhadap realiti yang wujud.

Sebab itulah al-Qaradawi sendiri menggariskan empat fiqh yang perlu dikuasai dalam membuat ijtihad siyasi iaitu fiqh nusus, fiqh waqi, fiqh awlawiyat dan fiqh muwazanat.

Tanpa semua ini ia bukanlah pandangan ‘siyasah syariyyah’.

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *