home Semasa 40 bala yang Rasulullah SAW minta berlindung daripadanya

40 bala yang Rasulullah SAW minta berlindung daripadanya

 

📝*اللَّهُمّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِن…
*”Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada…

١- الهمّ
1- Kedukacitaan
٢- والحَزَن
2- Kesedihan
٣- والعَجْزِ
3- Sikap lemah
٤- والكَسَلِ
4- Sikap malas
٥- والجُبْنِ
5- Sikap pengecut
٦- والبُخْلِ
6- Sikap bakhil
٧- والهَرَمِ.
7- Umur yang terlalu tua
٨- والقَسْوَةِ.
8- Keras hati
٩- والغَفْلَةِ.
9- Sikap lalai
١٠- والعَيْلَةِ.
10- Kefakiran melampau
١١- والذِّلَّةِ.
11- Kehinaan
١٢- والمَسْكَنَةِ.
12- Kemiskinan yang buruk

*📝وأعُوذُ بِكَ من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

١٣- الفقر.
13- Kefakiran
١٤- والكُفْرِ.
14- Kekufuran
١٥- والشِّرْك.
15- Kesyirikan
١٦- والفُسُوقِ.
16- Kefasikan
١٧- والشِّقاقِ.
17- Menyalahi kebenaran
١٨- والنِّفاقِ.
18- Kemunafikan
١٩- والسُّمْعَةِ.
19- Sikap sum’ah
٢٠- والرِّياءِ.
20- Sikap riya’

 

 

*📝وأعُوذُ بِكَ من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٢١- الصمم
21- Pekak
٢٢- والبَكَم
22- Bisu
٢٣- والجُنُون
23- Gila
٢٤- والجُذامِ
24- Penyakit gila
٢٥- والبَرَص
25- Penyakit sopak
٢٦- وسَيِّئِ الأَسْقامِ.
26- Penyakit-penyakit buruk

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٢٧- غَلَبَةِ الدَّيْن
27- Bebanan hutang
٢٨- وقَهْرِ الرِّجَال
28- Tekanan manusia

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٢٩- زوال نِعْمَتِك.
29- Hilang nikmat yang Engkau kurniakan
٣٠- وتَحوُّلِ عافِيَتِك.
30- Berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan
٣١- وفُجَاءَةِ نِقْمَتِك.
31- Seksaan (bala) Engkau yang datang secara tiba-tiba
٣٢- وجَميعِ سَخَطِك.
32- Semua perkara yang Engkau murka

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٣٣- جَهْدِ الْبَلاَءِ*
33- Ujian yang keras

٣٤- وَدَرَكِ الشَّقَاءِ.
34- Ujian yang mengandungi kejahatan

٣٥- وَسُوءِ الْقَضَاءِ.
35- Ketentuan yang buruk

٣٦- وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ.
36- Kejahatan musuh

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٣٧- الجوع فَإنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيْع
37- Kelaparan, kerana ianya seburuk-buruk teman yang dibawa tidur

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٣٨- الخيانة فَإنَّهَا بِئْسَ البِطَانَة
38- Pengkhianatan, kerana ianya sejahat-jahat teman

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٣٩- الحَوْر بعد الكَوْر
39- Kejahatan selepas kebaikan (kekufuran selepas keimanan)

*📝وأعوذ بك من:*
* dan aku berlindung denganMu daripada…

٤٠- شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا
40- Kejahatan diriku dan daripada kejahatan segala yang melata yang Engkau menguasai nyawanya.

Sama-sama kita berlindung dengan apa yang Rasulullah SAW pernah minta berlindung dengan Allah daripadanya.

Dr. Soberi Awang

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *