home Semasa Bangsa lupa sejarah akan hilang jati diri dan maruah

Bangsa lupa sejarah akan hilang jati diri dan maruah

 

BANGSA Melayu perlu mengkaji dan meneliti sejarah perjuangan nenek moyang mereka masa lampau. Pahit getir yang dilalui oleh nenek moyang terdahulu. Adakah musuh mereka telah keluar dari negara ini atau sebaliknya.

Sejarah asal usul perjuangan musuh mereka perlu dihalusi. Lebih-lebih lagi sifat dan tabiat mereka dari awal pergerakan dari Tanah Besar hingga melata di seluruh benua sunda. Pergerakan mereka penuh dengan peperangan dan pembunuhan. Merampas dan menjarah merupakan misi utama mereka.

Perjuangan mereka penuh dengan pembunuhan yang amat mengerikan. Pergerakan Tartar menakluki negara-negara Islam di Timur Tengah berakhir dengan kekalahan yang teruk di Ain Jalut ditangan Sultan Qutuz dari Mesir adalah misi pergerakan mereka yang ganas di seluruh dunia.

Pergerakan mereka terus ke selatan bermula dengan kerajaan Melayu Champa dan ke bawah merupakan misi yang sama dan dipenuhi dengan pembunuhan yang amat mengerikan. Umat Islam di Kemboja dan sekitarnya masih belum melupai pembunuhan seramai jutaan muslim di Kemboja dan sekitarnya oleh regim Pol Pot.

Umat Islam di sana hingga sekarang ini masih mencurigai sesama mereka kerana dibayangi peristiwa silang bagaimana muslimin digunakan menjadi talibarut yang berakhir dengan pembunuhan dan penganiyaan terhadap umat Islam di sana.

Perjuangan mereka tidak mengerti erti kemanusiaan. Di dataran Xianmen pernah berlaku pertembungan antara kumpulan pro demokrasi dan pemerintah yang mana kumpulan pro demontrasi akhirnya dilanyak dengan kereta kereta kebal tentera.

 

 

Bantahan dan kritikan melalui media massa dan seerti dengannya bukan alat komunikasi mereka. Sebab itu mereka tidak hiraukan apa apa kritikan dalam media atau sebarang penulisan. Dibantah waktu pagi tindakan melampau mereka tapi sebelah petang diteruskan tanpa rasa bersalah. Apa yang mereka tahu hanya melalui kekerasan dan kekejaman.

Di Malaysia, perjuangan mereka bermula dengan Bintang Tiga.Lihat peristiwa Bukit Kepong hanya sedikit pendedahan kekejaman mereka. Masih banyak lagi yang tidak dirungkai hingga kini. Adakah ianya tidak boleh berulang.

Mereka boleh berlembut ketika mereka lemah dan boleh berunding dan berdamai bila ada kepentingan yang lebih besar mereka akan perolehi seperti mana mereka boleh berdamai diambang kemerdekaan kerana tawaran kewarganegaraan di negara ini yang akan mereka dapat secara mudah.

Lihat saja di Ughiur, bagaimana kekejaman dan keganasan terhadap muslimin Ughiur dilakukan oleh mereka. Sebarang bantahan dan kritikan dengan pena tulisan dan massa bukan menjadi perkiraan mereka. Mereka tidak mengerti apa itu piagam dan akta. Apa yang penting dalam misi mereka ialah menguasai dan menjarah kekayaaan negara yang mereka kuasai.

Tiada belas kasihan terhadap kaum yang mereka kuasai. Inilah sejarah yang perlu dikaji oleh semua muslim di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Mengamati dan mengkaji sejarah untuk membuat persiapan demi izzah agama,bangsa dan negara.

Bangsa yang buta sejarah akan kehilangan maruah dan jati diri. Bahkan kehilangan negara dan tanah air.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *