home Semasa Dr Zakir Naik bebas ceramah tentang Islam, tapi bukan politik: Tun Mahathir

Dr Zakir Naik bebas ceramah tentang Islam, tapi bukan politik: Tun Mahathir

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendakwah Islam Dr Zakir Naik bebas mengajar dan bercakap tentang Islam, tetapi tidak mengenai politik perkauman yang boleh mengganggu dan merosakkan kebajikan dan ketenteraman rakyat Malaysia.

“Kita tidak mahu menyekatnya daripada bercakap mengenai agama dan perkara yang benar, … tetapi agak jelas beliau ingin berperanan dalam politik perkauman di Malaysia.

“Pertama sekali, saya tak tahu siapa yang memberikan beliau status Penduduk Tetap (PR), tetapi sebagai penduduk tetap, beliau tidak boleh menyertai politik.

“Beliau boleh berdakwah tetapi beliau tidak berbuat begitu… beliau bercakap mengenai soal menghantar orang Cina pulang ke China, orang India pulang ke India, itu bagi saya adalah satu langkah politik,” kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Kongres Perangkaan Dunia ke-62 anjuran International Statistical Institute (ISI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

 

 

Perdana Menteri berkata sudah menjadi budaya rakyat negara ini yang begitu berhati-hati bila mereka bercakap mengenai perkara yang sensitif pada komuniti lain.

“Saya tak pernah sebut perkara sebegitu… tidak pernah meminta orang Cina pulang, tetapi beliau (Zakir) datang ke sini dan meminta mereka pulang (ke China).

Beliau berkata Zakir tersilap langkah, mengganggu perasaan perkauman, kerana itu polis perlu menyiasat beliau.

“Jadi apa juga tindakan yang kita ambil mestilah selaras dengan undang-undang … kerajaan ini menghormati kedaulatan undang-undang,” kata beliau. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Dr Zakir Naik bebas ceramah tentang Islam, tapi bukan politik: Tun Mahathir

  1. Mengapa nak putar belit lagi apa yang Zakir Naik katakan semua yg diperkatakan itu adalah fakta yg jelas dan tepat tak perlu lah semua fakta dikaitkan dengan politik biasanya org politik yg suka putar belit fakta yg ada iman akan bercakap yg benar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *