home Semasa Malaysia tetap tidak hantar pulang Dr Zakir Naik: Tun Mahathir

Malaysia tetap tidak hantar pulang Dr Zakir Naik: Tun Mahathir

 

PUTRAJAYA: Malaysia tetap tidak akan menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika kerajaan berdepan desakan ramai pihak yang mahu penceramah itu diusir.

Zakir Naik berdepan masalah dengan pihak berkuasa Malaysia selepas dia mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu tempatan, serta dilihat mempersoalkan kedudukan masyarakat Cina, ketika bercakap dalam kuliah anjuran kerajaan Kelantan baru-baru ini.

“Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya semasa sidang media acara bersama penjawat awam di Perbadanan Putrajaya petang tadi.

 

 

Sebelum ini, kerajaan bimbang Naik itu tidak akan mendapat keadilan sekiranya dia dihantar pulang ke India, di mana dia berdepan pertuduhan pengubahan wang.

Sejak minggu lepas, Naik berulang alik di Bukit Aman untuk disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu berkait tuduhan sengaja mengaibkan dengan niat hendak mengganggu keamanan, berdasarkan lebih 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Naik, yang mempunyai taraf pemastautin tetap Malaysia, berkata dia hanya menjawab pihak yang mahu dia diusir ke India. Awal minggu ini, Naik membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bukan Islam, sambil mendakwa ucapannya sering disalah petik. – FMT

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *