home Semasa Pakistan akan berjuang habis-habisan lindungi Kashmir

Pakistan akan berjuang habis-habisan lindungi Kashmir

 

MUZAFFARABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memaklumkan negara itu bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang tindakan India di wilayah Kashmir sambil menambah ‘sudah tiba masanya untuk memberi (New) Delhi pengajaran’.

Beliau membuat kenyataan itu, ketika situasi tegang antara dua negara berjiran kuasa nuklear terbabit, susulan tindakan mengejut India memansuhkan kuasa autonomi wilayah Kashmir di bawah pentadbirannya, minggu lalu.

“Tentera Pakistan mempunyai maklumat kukuh bahawa India merancang untuk melakukan sesuatu di Kashmir dan kami bersedia untuk bertindak balas.

“Kami sudah membuat keputusan, jika India melakukan apa-apa tindakan kekasaran, kami akan berjuang habis-habisan,” katanya.

 

 

Amaran yang dikeluarkan oleh Imran itu dilihat sebagai peningkatan retorik di pihak Pakistan, selepas Islamabad menolak tindakan ketenteraan berhubung pertikaian itu, minggu lalu.

“Sudah tiba masanya untuk memberi anda pengajaran,” kata Khan, ketika berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan Pakistan.

Susulan tindakan New Delhi memansuhkan status istimewa Kashmir, Pakistan melancarkan tindakan diplomatik untuk membatalkan dekri itu dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar bagi membincangkan ‘tindakan tidak sah’ India, semalam. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

2 thoughts on “Pakistan akan berjuang habis-habisan lindungi Kashmir

  1. Perdana menteri pakistan harus dipuji dan patut menjadi contoh kepada umat islam di Malaysia yang sanggup merpertahankan hak saudara saudara islam disaat mereka ditindas dan dianiaya bukan membantu musuh musuh islam seperti di Malaysia sekarang ini. Nilai dan harga diri pemerintah mereka lebih tinggi dan mulia berbanding pemerintah Malaysia bersikap talam dua muka dan tiada harga diri langsung

    1. Terbaik bro..
      melayu munafik gitulah ciri2nya..sanggup bersongkol dgn kafir2 rasis pendatang dinegara ni bersama menzalimi sesama saudara seagama seakidah..yg dizalimivtu plk satu2nya ulama besar yg mnjadi aset yg bgtu berharga lg dikenali diseluruh dunia khususnya didunia Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *