home Kolumnis, Semasa Salah faham konsep rahmatan lil alamin yang merendahkan Islam

Salah faham konsep rahmatan lil alamin yang merendahkan Islam

 

1. SEBAHAGIAN Muslim merasakan tidak mengapa membiarkan orang kafir meluahkan pandangan mereka dengan alasan Islam adalah agama rahmah. Mereka berkempen dengan konsep rahmatan lil alamin sehingga membiarkan orang kafir merendahkan agama Islam itu sendiri bahkan terkadang Islam kelihatan dihina.

2. Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan sebelum ini. Kenyataan seorang kafir, sekiranya dilihat menghina Islam maka seharusnya seorang Muslim menegurnya apatah lagi sekiranya mereka mempunyai kuasa seperti Menteri.

3. Jika Muslim semuanya mendiamkan diri, maka lahirlah kenyataan demi kenyataan yang dilihat merendahkan bahkan menghina Islam. Ingatkah kita kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP yang secara tidak langsung seakan merendahkan Islam. Antaranya:

a. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah adalah perkara yang sangat sensitive buat umat Islam.[1]

b. YB Nga Kor Ming DAP pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.[2]

 

 

c. YB Kasthuriraani Patto DAP dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitive buat umat Islam.[3&4]

d. Tindakan YB Hannah Yeoh DAP yang memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam dilihat menjadi isu sensitifi dikalangan Muslim. Ini kerana, Sisters in Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.[5]

e. Malah, bagi kes-kes terdahulu, telah banyak disenaraikan beberapa pendirian DAP yang dilhat bercanggah dengan Islam. Tindakan mereka ini memberikan kebimbangan terhadap umat Islam kerana sebahagian kenyataan DAP ini dilihat merendahkan Islam.[6]

4. Ketegasan dalam memelihara agama Islam adalah salah satu prinsip Rahmatan lil alamin yang perlu difahami. Perhatikan bagaimana Rasulullah sendiri bersikap tegas dalam perkara yang melibatkan urusan agama. Untuk penjelasan lanjut berkenaan salah faham konsep rahmah ini boleh didapati di dalam artikel ini:

https://www.academia.edu/37863988/Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Rujukan
[1] https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/
[2] https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/
[3] https://www.ismaweb.net/2018/10/19/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-sokong-orang-islam-murtad/
[4] https://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559
[5] https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/
[6] https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/pemuda-pas-senarai-15-hujah-dap-anti-islam/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *